Tuesday 29 March 2011

GURU TAULADAN

~SALAM TO ALL FAMILY~

Malam nie aku ditemani hujan diluar sana mungkin memberikan aku sedikit ilham untuk berkongsi sedikit pengalaman. Hari ini aku ingin berceritera menggenai guru atau cikgu atau lecturer atau sifu dan yang semaksud dengannya laaa.huhuhuu..
   Aku bukan ape guru merupakan seorang insan yang bukan semua orang boleh jadi dan ia juga pekerjaan yang mulia, bukan laa maksud aku kerja lain tak mulia tapi guru nie special sikit dari pekerjaan biasa. Sebab guru nie kena menyampaikan ilmu. Tak sume orang boleh sampaikan ilmu.
   Aku cuma rasa terkilan sangat dengan seorang pengajar kat tempat aku belajar. Dia hanya bagi sedikit penerangan pastu terus test tanpa memberikan penerangan yang secukupnya bagi seorang pelajar. Bukan la maksud aku hendak disuap macam sek0lah rendah dulu tapi kl0 beliau bagi penerangan yang lebih jelas maybe kl0 aku tak dapat jawab itu mungkin salah aku.
   Ini tak beliau hanya memberikan sedikit slide(nota) yang tak lengkap pastu tiada penerangan yang specific dan beliau anggap kita orang dah paham. Sepatutnya seorang pengajar seharusnya ikhlas melakukan pengajaran supaya ilmu tue sama-sama dapat. Tak rugi p0wn kongsi ilmu nie lagi p0wn ilmu tue bukan milik kita.
   Sem lepas aku syukur sangat dapat seorang pengajar yang betul-betul hendak tolong pelajar. Aku sangat respect kat beliau. Seorang guru perlu laa mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang tetapi apa yang aku lihat terpampang di dada-dada akhbar guru buat itu guru buat ini kebanyakannya yang negatif. Dimanakah para pengajar meletakan martabat seorang guru.
   Aku masih ingat arwah at0k ku berceritera, orang dulu hormatkan guru mereka sampai makan minum diorang p0wn anak murid bagi. Ini menunjukan bahawa ilmu mereka yang tinggi sehingga mereka diletakan ditempat yang tinggi. Tapi sekarang anak murid p0wn nak belasah para pengajar. Dimankah silapnya...jawapan yang masih tergantung di benak akal fikiranku.


Kalau pengajar dahulu telah menyelamatkan negara dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat membangunkan negara. Aku berharap pengajar-pengajar mahu p0wn bakal pengajar dapat laa memikirkan 1 formula untuk kebaikan kita bersama. Aku rasa cukup sampai sini dahulu perkongsian untuk hari ini. Hope, suatu hari nanti martabat pengajar tidak tenggelam diarus masa. Tolonglah naikkan martabat pengajar dihati manusia sejagat.

 -SEKIAN WASSALAM- 

No comments:

Post a Comment