Tuesday 10 May 2011

KENANGAN TERINDAH

~SALAM TO ALL FAMILY~

3 tahun lalu, hari seakan-akan memahami perasaan ku. Hujan turun dengan lebatnya sebak dihati ini untuk masuk belajar di UTHM. Mana tak nyee, setelah permohonan aku berjaya untuk masuk ke UTHM aku p0wn bagi taw laa kat parent aku tapi diorang wat tak taw jerk. Dalam hati aku berkata " mungkin diorang dah kuar duet untuk aku masuk poli k0wt, tak pew laa.." sebab keluarga aku nie bukan keluarga yang senang so aku paham laa. Akhirnya aku p0wn tawar hati untuk menerima tawaran ke UTHM dan nak fokus blaja kat poli. Tiba-tiba pas aku dah tawar hati parent aku pakse plak mas0k UTHM, memang aku p0wn jadi compiuz laa kan. Sebab memang dah tak de niat aku nak blaja kat UTHM. Sampai jerk kat UTHM aku diberi bilik di kolej kediaman Tun Dr Ismail bernombor B-205 k0wt ingat-ingat lupe laa plak..hehe. Buka jerk pintu takde orang kat dalam dengan cuaca yang masih hujan aku p0wn td0w laa di hari pertama aku sampai di UTHM.

   Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang mebuka pintu bilik, "ah haa akhirnya ade jgak aku ro0mate" dalam hati ku berkata. Masok-masok jerk beliau teroz salam aku sambil berkata "Azri" nama beliau aku p0wn bagi taw nama ku "Anan". Dia bertanye lagi, degree kew.. aku dalam keadaan binggung menjawab tak laa diploma, kenapa dak dalam bilik nie sume degree kew??.. Azri jawab ah haa die tanye lagi ambk pew.. Aku p0wn jwb laa mekinikal. Dia tersenyum sabil berkata dak dalam blik nie sume ambk letrik. Pergggg!! terasa diri ini begitu asing, kesunyian dan kebuhsanan.

  Tiba laaa klass kenegaraan kat situ laa bermulanya ceriteraan aku bersama DDT. Kawan pertama yang rapat aku dapat kat UTHM bernam Azlizul Aizat aku panggil die hati malaya..hahaha maklum laa muke cam Tengku Abdul Rahman. Dari semester ke semester, dari tahun ke tahun kawan-kawan aku makin bertambah di UTHM. Sowank-sowank aku kenal, terasa seperti 1 famili, susah senang bersama. Suka dan duka dilalui bersama. Pada mulanya aku terasa diri ini sangat sunyi tetapi akhirnya dapat juga aku kawan-kawan yang sekepale.

   Daripada lecturer menjadi kawan. Walaup0wn aku selalu dipersenda, aku sentiase tidak mengedahkan kerana itu jerk laa cara untuk aku memperoleh kawan. Walap0wn kadang-kadang aku kelihatan tidak siuman, kelihatan seperti orang tak de akal. Aku tak kesah asalkan aku tidak kesunyian.

  Setelah genap 3 tahun kini aku terasa berat untuk meninggalkan k0wank sume. Kalau 3 tahun lepas aku nak mas0k UTHM nie dengan rasa berat hati untuk mas0k, tapi sekarang selepas 3 tahun kat cnie aku terasa berat hati untuk meninggalknnya. Datang dengan tagisan pulang dengan linangan air mata. Aku selaku manusia yang lemah ingin mengucapkan terima kasih pada k0wank sume yang sudi menjadi kawan eehhh tidak, rakan p0wn bukan, tapi keluarga aku sepanjang 3 tahun di UTHM. Tiada apa yang mampu aku ucapkan hanya doa ku iringkan untuk kejayaan k0wank. Semoga kenangan terindah kita tidak dilupakan. Aku memohon maap dari ujung rambot sampai ujung kaki. Mintak halal makan dan minum. Sebelum berpisah ingin aku berpesan pada k0wank "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Semoga kita berjumpa lagi di lain tempat di lain dimensi.
SAYONARA


 -SEKIAN WASSALAM-

Tuesday 26 April 2011

KAWAN

 ~SALAM TO ALL FAMILY~

Akhirnye kembali jua ku menaip lagi di e-diary ku nie..huhuhu setelah lame bergelumang dengan projek dan keje-keje di tahun akhir pengajian. Sekarang tibalah masanya yang dinanti-nanti untuk final exam, tapi sebenarnya aku terasa sedih biasa laaa setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Aku dah rasa membe-membe kat sini dah macam keluarga so rasa sedih laa pulak nak berpisah. Tapi aku paham setiap manusia akan mencari hala tuju kehidupan masing-masing dan aku harap kowank akan berjaya dalam kehidupan masing-masing.
  Pada hari ini, aku ingin memohon ampun dan maap pada kowank sume selame hampir 3 tahun kita bersama suka dan duka dilalui bersama. Aku harap kowank tak kan lupe sume kenangan saat kita lalui bersama. Dan kerana kowank sume laa selama 3 tahun nie aku menjadi manusia. Walaupun hakikatnyee aku tak sepandai kowank tapi dalam diam aku cube untuk bersaing dengan kowank..hehehe
  Mungkin aku bukan laa seorang kawan yang baik, tapi aku juga manusia yang selalu dalam kesunyian dan dengan kehadiran kowank pada hari pertama aku mas0k ke sini telah memberi lembaran ceritera baru dalam kehidupanku. Mungkin ini laa yang dinamakan berkat.


                          kawan-kawan yang tidak mungkin aku lupekn

                hahaha..kenangan cakit bersama dan senang p0wn bersama..

    Tiada yang dapat aku ungkapkan lagi dengan kata-kata, hanya doaku mengiring k0wank mas0k exam dan  semoga berjaya dalam kehidupan k0wank. Hanya satu pesanku wahai keng-kawan segala halangan yang datang berbalik laa pada YANG SATU. Semoga per-kawan-an kita menjadi ukuwah dimasa mendatang. Yang selalu melaku silap dan salah, ANAN CHILL memohon ampun dan maap sekali lagi dan trimasss.Kalo dew bende nk share sile-sile laaa..hihihihi

 -SEKIAN WASSALAM-  

Sunday 3 April 2011

TWENTY FIRST ' 21

~SALAM TO ALL FAMILY~

Rase-rase macam dah lame tak update e-diary aku nie.. ade laa dalam 2, 3 hari. Bukan tak nak update, tapi agak busy sikit dengan presentation dan nak siapkan report-report. Maklum la orang masih belajar, huhuhu.
   Semalam(2/4) hari lahirku yg ke-21, alhamdulillah dapat juga aku menghirup udara diusiaku mencecah 21. Aku harap dengan pengalaman hidup yang 21 ini, aku dapat meneruskan hidup untuk 21 tahun yang mendatang. Aku bersyukur sangat kerana hajat aku untuk balik ke kampung di ulang tahun kelahiranku tercapai jua. Melihat raut wajah ayah, ibu, dan adik-adik membuatkan aku merasa lapang buat seketika walaupun banyak masalah yang melanda.
   Pagi(3/4) tadi aku bangun dengan riangnya. Aku ingat diorang dah lupa ulang tahun hari lahirku. Kepala aku p0wn dah pikir nak balik tempat aku study. Sebab memikirkan assignment yang banyak, sedang aku menonton tv tiba-tiba adik aku mengeluarkan kek sempena ulang tahun hari lahirku. Aku biasa laa tunjuk co0l je, buat-buat tak taw.hihihihi. Tapi sebenarnya perasaanku sangat terharu. Aku buka account facebook aku, buat kali pertama aku menerima post komen yang banyak. Bila aku buka, kesemuanya mendoakan aku diulang tahun hari lahirku. Hanya TUHAN saja yang balas doa-doa korang.

                                          kek sempena ulang tahun hari lahir ku

                                        Ayahanda tercinta terima kasih

                                         bersama Bonda yang dikasihi

Aku harap dengan restu mereka yang sering menyokong jatuh bangun aku nie, aku harap aku dapt memberikan yang terbaek untuk mereka. Untuk ceritera hari ini cukup sampai sini dulu laa. Mata pun dah lesu nie. Hope korang boleh laa kongsi ceritera ke-happy-an mahu p0wn ke-sadness-an korang kat aku. kite share-share laa..hihihi

 -SEKIAN WASSALAM-  

Wednesday 30 March 2011

TIADA ALASAN

~SALAM TO ALL FAMILY~

Mataku sudah mulai layu dan fikiran semakin diawang-awangan. Aku semakin blur dengan kerja yang belambak-lambak, es0k nak kena hantar rep0rt kat lecturer tapi itu bukan alasan untuk aku mengalah. Perjuangan harus diteruskan bt0l tak?? huhuhu.
   Tiada alasan untuk aku terus hanyut dibuai mimpi indah sedangkan bala sedang menanti. Mana tak bala yang menanti, rep0rt yang nak kena hantar gr0up rep0rt tue. Kalau aku tak dapat siapkan part aku mesti ia akan menjejaskan kawan-kawan lain. Come on Chill, kau mesti b0leh punya. Jangan mengalah walaupun mata hampir pejam terlena.Banyak kerja laa plak sem nie. Aku p0wn naek pening dengan masalah yang sering saja timbul. Kenapa aku diberi ujian sebegini. Adakah salah satu cara untuk menguji kesabaranku untuk terus melangkah diatas muka bumi ini.
   Aku harap dengan ujian-MU ini, akan memberi pengajaran berguna dimasa mendatang. Chill jangan biarkan diri engkau terus dibuai angan-angan yang bisa membinasakanmu. Mungkin ceritera aku agak membosankan tapi aku harap akan ada orang yang membaca dan tolong memberikan sedikit nasihat untuk diri ini.


Aku rasa mata p0wn semakin berat dengan kerja yang menambun, cukup laaa sampai sini dulu eaaa..esok kite ceritera lagi.. Gud nite sume, Oyasuminasai.

 -SEKIAN WASSALAM-  

Tuesday 29 March 2011

GURU TAULADAN

~SALAM TO ALL FAMILY~

Malam nie aku ditemani hujan diluar sana mungkin memberikan aku sedikit ilham untuk berkongsi sedikit pengalaman. Hari ini aku ingin berceritera menggenai guru atau cikgu atau lecturer atau sifu dan yang semaksud dengannya laaa.huhuhuu..
   Aku bukan ape guru merupakan seorang insan yang bukan semua orang boleh jadi dan ia juga pekerjaan yang mulia, bukan laa maksud aku kerja lain tak mulia tapi guru nie special sikit dari pekerjaan biasa. Sebab guru nie kena menyampaikan ilmu. Tak sume orang boleh sampaikan ilmu.
   Aku cuma rasa terkilan sangat dengan seorang pengajar kat tempat aku belajar. Dia hanya bagi sedikit penerangan pastu terus test tanpa memberikan penerangan yang secukupnya bagi seorang pelajar. Bukan la maksud aku hendak disuap macam sek0lah rendah dulu tapi kl0 beliau bagi penerangan yang lebih jelas maybe kl0 aku tak dapat jawab itu mungkin salah aku.
   Ini tak beliau hanya memberikan sedikit slide(nota) yang tak lengkap pastu tiada penerangan yang specific dan beliau anggap kita orang dah paham. Sepatutnya seorang pengajar seharusnya ikhlas melakukan pengajaran supaya ilmu tue sama-sama dapat. Tak rugi p0wn kongsi ilmu nie lagi p0wn ilmu tue bukan milik kita.
   Sem lepas aku syukur sangat dapat seorang pengajar yang betul-betul hendak tolong pelajar. Aku sangat respect kat beliau. Seorang guru perlu laa mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang tetapi apa yang aku lihat terpampang di dada-dada akhbar guru buat itu guru buat ini kebanyakannya yang negatif. Dimanakah para pengajar meletakan martabat seorang guru.
   Aku masih ingat arwah at0k ku berceritera, orang dulu hormatkan guru mereka sampai makan minum diorang p0wn anak murid bagi. Ini menunjukan bahawa ilmu mereka yang tinggi sehingga mereka diletakan ditempat yang tinggi. Tapi sekarang anak murid p0wn nak belasah para pengajar. Dimankah silapnya...jawapan yang masih tergantung di benak akal fikiranku.


Kalau pengajar dahulu telah menyelamatkan negara dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat membangunkan negara. Aku berharap pengajar-pengajar mahu p0wn bakal pengajar dapat laa memikirkan 1 formula untuk kebaikan kita bersama. Aku rasa cukup sampai sini dahulu perkongsian untuk hari ini. Hope, suatu hari nanti martabat pengajar tidak tenggelam diarus masa. Tolonglah naikkan martabat pengajar dihati manusia sejagat.

 -SEKIAN WASSALAM- 

Monday 28 March 2011

BONDA:PULANGLAH WAHAI ANAKKU

~SALAM TO ALL FAMILY~

Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi, tapi aku bl0m bisa tidur kerana memikirkan ibu serta keluargaku yang berada di kampung. Aku tahu bahawa ibuku merindukan keberadaan daku tetapi ditahun akhir pengajian terlalu banyak projek yang perlu disiapkan.
   Kesihatan ibu yang tidak menentu membimbangkan ku disini aku hanya mampu berdoa semoga ibu dan ayah sentiada berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Pagi tadi adikku memberi tahu bahawa ibu memperli aku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Aku berasa seperti orang bersalah plak. Memang laa kl0 nak diikutkan tempat pengajianku tidak ja0h dengan kampung tetapi projek berkumpulan membataskan aku pulang ke kampung.
   Aku harap di hari lahirku nanti aku berharap dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta. Membuat e-diary merupakan salah 1 hajat aku untuk meluahkan perasaan yang sukar aku luahkan. Memandangkan sekarang aku berada didalam keadaan kritikal, aku seperti orang yang hilang arah tuju. Kl0 bisa hendak saja aku menangis tetapi aku sedar menangis bukan laa jalan penyelesaian. Aku juga berharap dapat pergi ziarah kubur arwah at0k dan nenek ku yang lama aku ingin ziarah tetapi ada saja kekangan yang menghalang. Mungkin ini adalah ujian dari-NYA tetapi aku rasa amat berat untuk menanggung seorang diri.
    Dengan luahan di e-diary nie aku harap suatu hari nanti ada yang sudi berkongsi pengalaman atau nasihat untuk diri aku nie yang serba kekurangan. Tidak lupa juga aku berharap dapat brjumpa dengan Nyayi(nenek belah ayah) mungkin dia juga merinduiku. Aku seakan tidak tahu untuk meluahkan masalah yang sering membelengui ku. Walaupun pada zahirnya aku kelihatan sangat laa chill tetapi realitinya aku memerlukan pertolongan. Aku harap dapat laa balik ke kampung pada minggu nie, nak buat suprise untuk diorang semua(kononnya)..hihihi XD



Aku rasa cukup laa sampai sini dulu untuk ku lepaskan rasa rindu pada ibuku, harap beliau selalu ceria dan dijauhkan dari musibah mahupun ujian yang tidak dapat beliau hadapi. Mata pun dah mengantuk nie. Salam sayang dari anakmu untuk ibu tercinta. k laaa..Oyasumi minnasan (selamat malam semua).

 -SEKIAN WASSALAM-

                                  

Sunday 27 March 2011

BERMULANYA SEBUAH LEMBARAN CERITERA

~SALAM TO ALL FAMILY~

Akhirnya dapat juga ku membuat blog yang lebih selese ku panggil "e-diary"..huhuhu. Kenapa e-diaryku dinamakan Ceritera Semanis Kurma, mungkin ada yang nak tahu. So, nama tue aku bagi sebab aku tertarik pada buah kurma tue sendiri. Walaup0n kita tengok warne buah tue macam tak besh tapi rasa kemanisannya sangat laa besh dan khasiat die p0wn banyak. Aku cube mengaplikasikan nama blog nie dengan hidup aku, supaya jangan pandang orang pada luaran sahaja kerana manusia ada kelebihan masing-masing. Dan tujuan aku membuat e-diary nie adalah lebih kepada perkongsian idea, pengalaman, ilmu dan macam-macam laaa. Hope ade la orang-orang yang akan berkongsi dengan aku, maklum laa orang baru dalam dunia blogger nie. Aku akan panggil follower dengan panggilan 'family' sebab bagi aku kite semua adalah 1 family dan tak salahkan kalau kita sume berk0ngsi apa yang kita rasa lebih sebab sumua tue bukan kita yg punye. Macam orang-orang yang puteh ckp 'shearing is caring'..huhuhu. lagi p0wn buat pe laa nk dew follower ramai-ramai tapi kalau tak dew yang nak bace post kite. kalau panggilan family tue bunyinye lebih mesra laa kan..hihihi
                                   
                                     


Untuk post yang pertama, aku rasa cukup kat cini dlu k0wt..nanti kalau ade ceritera baru aku akan cite lagi. Hope k0wank sudi laa singgah di e-diary aku nie & salam perkenalan to family(follower).Kalo ada pertanyaan yang mungkin kita boleh k0ngsikan sila laa k0men..

                                                                                                                       -SEKIAN WASSALAM-