Wednesday 30 March 2011

TIADA ALASAN

~SALAM TO ALL FAMILY~

Mataku sudah mulai layu dan fikiran semakin diawang-awangan. Aku semakin blur dengan kerja yang belambak-lambak, es0k nak kena hantar rep0rt kat lecturer tapi itu bukan alasan untuk aku mengalah. Perjuangan harus diteruskan bt0l tak?? huhuhu.
   Tiada alasan untuk aku terus hanyut dibuai mimpi indah sedangkan bala sedang menanti. Mana tak bala yang menanti, rep0rt yang nak kena hantar gr0up rep0rt tue. Kalau aku tak dapat siapkan part aku mesti ia akan menjejaskan kawan-kawan lain. Come on Chill, kau mesti b0leh punya. Jangan mengalah walaupun mata hampir pejam terlena.Banyak kerja laa plak sem nie. Aku p0wn naek pening dengan masalah yang sering saja timbul. Kenapa aku diberi ujian sebegini. Adakah salah satu cara untuk menguji kesabaranku untuk terus melangkah diatas muka bumi ini.
   Aku harap dengan ujian-MU ini, akan memberi pengajaran berguna dimasa mendatang. Chill jangan biarkan diri engkau terus dibuai angan-angan yang bisa membinasakanmu. Mungkin ceritera aku agak membosankan tapi aku harap akan ada orang yang membaca dan tolong memberikan sedikit nasihat untuk diri ini.


Aku rasa mata p0wn semakin berat dengan kerja yang menambun, cukup laaa sampai sini dulu eaaa..esok kite ceritera lagi.. Gud nite sume, Oyasuminasai.

 -SEKIAN WASSALAM-  

Tuesday 29 March 2011

GURU TAULADAN

~SALAM TO ALL FAMILY~

Malam nie aku ditemani hujan diluar sana mungkin memberikan aku sedikit ilham untuk berkongsi sedikit pengalaman. Hari ini aku ingin berceritera menggenai guru atau cikgu atau lecturer atau sifu dan yang semaksud dengannya laaa.huhuhuu..
   Aku bukan ape guru merupakan seorang insan yang bukan semua orang boleh jadi dan ia juga pekerjaan yang mulia, bukan laa maksud aku kerja lain tak mulia tapi guru nie special sikit dari pekerjaan biasa. Sebab guru nie kena menyampaikan ilmu. Tak sume orang boleh sampaikan ilmu.
   Aku cuma rasa terkilan sangat dengan seorang pengajar kat tempat aku belajar. Dia hanya bagi sedikit penerangan pastu terus test tanpa memberikan penerangan yang secukupnya bagi seorang pelajar. Bukan la maksud aku hendak disuap macam sek0lah rendah dulu tapi kl0 beliau bagi penerangan yang lebih jelas maybe kl0 aku tak dapat jawab itu mungkin salah aku.
   Ini tak beliau hanya memberikan sedikit slide(nota) yang tak lengkap pastu tiada penerangan yang specific dan beliau anggap kita orang dah paham. Sepatutnya seorang pengajar seharusnya ikhlas melakukan pengajaran supaya ilmu tue sama-sama dapat. Tak rugi p0wn kongsi ilmu nie lagi p0wn ilmu tue bukan milik kita.
   Sem lepas aku syukur sangat dapat seorang pengajar yang betul-betul hendak tolong pelajar. Aku sangat respect kat beliau. Seorang guru perlu laa mendidik anak murid dengan penuh kasih sayang tetapi apa yang aku lihat terpampang di dada-dada akhbar guru buat itu guru buat ini kebanyakannya yang negatif. Dimanakah para pengajar meletakan martabat seorang guru.
   Aku masih ingat arwah at0k ku berceritera, orang dulu hormatkan guru mereka sampai makan minum diorang p0wn anak murid bagi. Ini menunjukan bahawa ilmu mereka yang tinggi sehingga mereka diletakan ditempat yang tinggi. Tapi sekarang anak murid p0wn nak belasah para pengajar. Dimankah silapnya...jawapan yang masih tergantung di benak akal fikiranku.


Kalau pengajar dahulu telah menyelamatkan negara dengan melahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat membangunkan negara. Aku berharap pengajar-pengajar mahu p0wn bakal pengajar dapat laa memikirkan 1 formula untuk kebaikan kita bersama. Aku rasa cukup sampai sini dahulu perkongsian untuk hari ini. Hope, suatu hari nanti martabat pengajar tidak tenggelam diarus masa. Tolonglah naikkan martabat pengajar dihati manusia sejagat.

 -SEKIAN WASSALAM- 

Monday 28 March 2011

BONDA:PULANGLAH WAHAI ANAKKU

~SALAM TO ALL FAMILY~

Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi, tapi aku bl0m bisa tidur kerana memikirkan ibu serta keluargaku yang berada di kampung. Aku tahu bahawa ibuku merindukan keberadaan daku tetapi ditahun akhir pengajian terlalu banyak projek yang perlu disiapkan.
   Kesihatan ibu yang tidak menentu membimbangkan ku disini aku hanya mampu berdoa semoga ibu dan ayah sentiada berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Pagi tadi adikku memberi tahu bahawa ibu memperli aku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Aku berasa seperti orang bersalah plak. Memang laa kl0 nak diikutkan tempat pengajianku tidak ja0h dengan kampung tetapi projek berkumpulan membataskan aku pulang ke kampung.
   Aku harap di hari lahirku nanti aku berharap dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta. Membuat e-diary merupakan salah 1 hajat aku untuk meluahkan perasaan yang sukar aku luahkan. Memandangkan sekarang aku berada didalam keadaan kritikal, aku seperti orang yang hilang arah tuju. Kl0 bisa hendak saja aku menangis tetapi aku sedar menangis bukan laa jalan penyelesaian. Aku juga berharap dapat pergi ziarah kubur arwah at0k dan nenek ku yang lama aku ingin ziarah tetapi ada saja kekangan yang menghalang. Mungkin ini adalah ujian dari-NYA tetapi aku rasa amat berat untuk menanggung seorang diri.
    Dengan luahan di e-diary nie aku harap suatu hari nanti ada yang sudi berkongsi pengalaman atau nasihat untuk diri aku nie yang serba kekurangan. Tidak lupa juga aku berharap dapat brjumpa dengan Nyayi(nenek belah ayah) mungkin dia juga merinduiku. Aku seakan tidak tahu untuk meluahkan masalah yang sering membelengui ku. Walaupun pada zahirnya aku kelihatan sangat laa chill tetapi realitinya aku memerlukan pertolongan. Aku harap dapat laa balik ke kampung pada minggu nie, nak buat suprise untuk diorang semua(kononnya)..hihihi XD



Aku rasa cukup laa sampai sini dulu untuk ku lepaskan rasa rindu pada ibuku, harap beliau selalu ceria dan dijauhkan dari musibah mahupun ujian yang tidak dapat beliau hadapi. Mata pun dah mengantuk nie. Salam sayang dari anakmu untuk ibu tercinta. k laaa..Oyasumi minnasan (selamat malam semua).

 -SEKIAN WASSALAM-

                                  

Sunday 27 March 2011

BERMULANYA SEBUAH LEMBARAN CERITERA

~SALAM TO ALL FAMILY~

Akhirnya dapat juga ku membuat blog yang lebih selese ku panggil "e-diary"..huhuhu. Kenapa e-diaryku dinamakan Ceritera Semanis Kurma, mungkin ada yang nak tahu. So, nama tue aku bagi sebab aku tertarik pada buah kurma tue sendiri. Walaup0n kita tengok warne buah tue macam tak besh tapi rasa kemanisannya sangat laa besh dan khasiat die p0wn banyak. Aku cube mengaplikasikan nama blog nie dengan hidup aku, supaya jangan pandang orang pada luaran sahaja kerana manusia ada kelebihan masing-masing. Dan tujuan aku membuat e-diary nie adalah lebih kepada perkongsian idea, pengalaman, ilmu dan macam-macam laaa. Hope ade la orang-orang yang akan berkongsi dengan aku, maklum laa orang baru dalam dunia blogger nie. Aku akan panggil follower dengan panggilan 'family' sebab bagi aku kite semua adalah 1 family dan tak salahkan kalau kita sume berk0ngsi apa yang kita rasa lebih sebab sumua tue bukan kita yg punye. Macam orang-orang yang puteh ckp 'shearing is caring'..huhuhu. lagi p0wn buat pe laa nk dew follower ramai-ramai tapi kalau tak dew yang nak bace post kite. kalau panggilan family tue bunyinye lebih mesra laa kan..hihihi
                                   
                                     


Untuk post yang pertama, aku rasa cukup kat cini dlu k0wt..nanti kalau ade ceritera baru aku akan cite lagi. Hope k0wank sudi laa singgah di e-diary aku nie & salam perkenalan to family(follower).Kalo ada pertanyaan yang mungkin kita boleh k0ngsikan sila laa k0men..

                                                                                                                       -SEKIAN WASSALAM-