Monday 28 March 2011

BONDA:PULANGLAH WAHAI ANAKKU

~SALAM TO ALL FAMILY~

Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 pagi, tapi aku bl0m bisa tidur kerana memikirkan ibu serta keluargaku yang berada di kampung. Aku tahu bahawa ibuku merindukan keberadaan daku tetapi ditahun akhir pengajian terlalu banyak projek yang perlu disiapkan.
   Kesihatan ibu yang tidak menentu membimbangkan ku disini aku hanya mampu berdoa semoga ibu dan ayah sentiada berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Pagi tadi adikku memberi tahu bahawa ibu memperli aku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Aku berasa seperti orang bersalah plak. Memang laa kl0 nak diikutkan tempat pengajianku tidak ja0h dengan kampung tetapi projek berkumpulan membataskan aku pulang ke kampung.
   Aku harap di hari lahirku nanti aku berharap dapat menyambutnya dengan keluarga tercinta. Membuat e-diary merupakan salah 1 hajat aku untuk meluahkan perasaan yang sukar aku luahkan. Memandangkan sekarang aku berada didalam keadaan kritikal, aku seperti orang yang hilang arah tuju. Kl0 bisa hendak saja aku menangis tetapi aku sedar menangis bukan laa jalan penyelesaian. Aku juga berharap dapat pergi ziarah kubur arwah at0k dan nenek ku yang lama aku ingin ziarah tetapi ada saja kekangan yang menghalang. Mungkin ini adalah ujian dari-NYA tetapi aku rasa amat berat untuk menanggung seorang diri.
    Dengan luahan di e-diary nie aku harap suatu hari nanti ada yang sudi berkongsi pengalaman atau nasihat untuk diri aku nie yang serba kekurangan. Tidak lupa juga aku berharap dapat brjumpa dengan Nyayi(nenek belah ayah) mungkin dia juga merinduiku. Aku seakan tidak tahu untuk meluahkan masalah yang sering membelengui ku. Walaupun pada zahirnya aku kelihatan sangat laa chill tetapi realitinya aku memerlukan pertolongan. Aku harap dapat laa balik ke kampung pada minggu nie, nak buat suprise untuk diorang semua(kononnya)..hihihi XD



Aku rasa cukup laa sampai sini dulu untuk ku lepaskan rasa rindu pada ibuku, harap beliau selalu ceria dan dijauhkan dari musibah mahupun ujian yang tidak dapat beliau hadapi. Mata pun dah mengantuk nie. Salam sayang dari anakmu untuk ibu tercinta. k laaa..Oyasumi minnasan (selamat malam semua).

 -SEKIAN WASSALAM-

                                  

No comments:

Post a Comment